Saturday, November 3, 2007

Selamat datang!!


Selamat datang!!

Termasuk hari ini sebenarnya dah beberapa kali aku betulkan intro untuk blog ni. Rasa macam ada yang tak kena. Kat sini aku akan berkongsi serba sedikit perkara dan informasi yang berkaitan dengan kesihatan.

Bagus masyarakat kita sekarang kerana lebih mengambil berat tentang hal kesihatan dan berminat untuk mengetahui lebih mendalam tentang perkara-perkara berkaitan kesihatan. Walaubagaimanapun, sebagai pengguna kita seharusnya bijak dalam membeli. Demi mengelakkan pembaziran atau masalah-masalah lain maka cuba-cubalah membaca ruangan-ruangan kesihatan di akhbar-akhbar atau pergi bertanya doktor atau ahli farmasi berhampiran.

Walaumacamana bagus sekalipun sesuatu supplements tetapi ada di antaranya yang anda mungkin tidak boleh mengambilnya. Contoh paling mudah ialah pesakit yang mengambil Warfarin. Adalah perlu diingatkan bahawa banyak herbs dan supplements yang perlu dielakkan kerana interaksinya dengan Warfarin.

Ok. Jumpa lagi.

Tetapi sesuatu yang perlu diingatkan di sini ialah segala yang dibentangkan di dalam blog ini hanyalah bahan tambahan dan tidak sama sekali boleh menggantikan nasihat dan diagnosis profesional perubatan anda.