Wednesday, May 14, 2008

Sembelit? Apakah masalah anda?

Apakah sembelit yang sebenarnya? Ia bergantung pada individu. Bagi sesetengah orang ialah kurang kekerapan membuang air besar (lebih kurang 3 hari tidak dapat membuang air besar) dan bagi sesetengah yang lain ialah kesukaran membuang air besar termasuk keadaan najis yang keras. Sesetengahnya juga mengalami rasa sakit ketika membuang air besar atau kembung perut.

Walaubagaimanapun disebabkan setiap individu tidak sama maka agak sukar untuk memberi satu kenyataan yang jelas tentang sembelit ini. Misalnya seseorang yang sihat mungkin mempunyai najis yang cair atau sedikit keras tapi tidak mempunyai masalah sembelit. Ada juga orang yang membuang air besar setiap hari danada pula mungkin dua kali sehari. Maka jika anda berjumpa dengar profesional kesihatan anda, jangan lupa memberitahu mereka kebiasaan anda.

Biasanya tanda-tanda bagi seseorang yang mengalami sembelit:
1-Rasa kembung
2-Masih rasa perut penuh walaupun telah membuang air besar
3-Kurang kekerapan membuang air besar dari selalu
4-Najis lebih keras dari biasa
5-Membuang air besar kurang dari tiga kali seminggu

Apakah yang menyebabkan sembelit?
1-Kurangnya aktiviti fizikal seperti bersenam dan sebagainya
2-Kurangnya pengambilan diet yang tiggi serat
3-Kurangnya pengambilan air (kita memerlukan lebih dari 8 gelas sehari)
4-pengambilan ubat tertentu
5-melambat-lambatkan masa ke tandas walaupun sudah terasa ingin ke tandas
6-masalah-masalah lain seperti mengandung atau masalah di usus besar
7-Bagi kanak-kanak, mungkin mereka takut untuk membuang air besar atau belum lagi dilatih menjadi punca mereka mengalami sembelit selain masalah susu
8-Terlalu kerap menggunakan laksatif (laxatives)

Peringatan!!
Elakkan dari terlalu banyak bergantung kepada laxative (ubat untuk membantu memudahkan anda membuang air besar). Kebergantungan ini bukan sahaja menyebabkan anda memerlukannya setiap kali mahu membuang air besar tetapi badan mungkin akan terlalu biasa dengan dos tersebut jadi pada masa hadapan anda perlu meningkatkan dos tersebut lagi.


Bagaimana mahu mengelakkan sembelit?
1-Tambahkan aktiviti fizikal anda seperti senaman
2-Banyakkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan. Walaupun pengambilan sediaan fiber yang dijual di pasaran juga boleh namun sebenarnya pengambilan dari sayur atau buah adalah lebih baik. Pertama kerana ia bersifat semulajadi. Kedua kerana rasanya yang sedap. Dan ketiga ialah kerana kita juga mendapat vitamin dan juga anti oksidan yang terdapat dalam buah dan sayur.
3- Banyakkan pengambilan air. Dalam keadaan cuaca yang panas seperti ini kita perlu memastikan tubuh kita sentiasa cukup dengan bekalan air.
4-Sekiranya anda ingin ke tandas jangan tunggu-tunggu lagi.
5-Jangan makan terlalu banyak setiap kali makan.
6-Makan dan kunyah perlahan-lahan. Elakkan makan dengan cepat dan gelojoh.

Sembelit sebenarnya bukan sejenis penyakit. Ia adalah suatu simptom kepada penyakit atau gaya hidup dan diet yang tidak betul. Walaubagaimanapun, sesetengah keadaan sembelit anda bukan hanya sembelit biasa dan mungkin ia adalah manifestasi penyakit lain.

Bilakah anda perlu tahu sembelit anda bukan keadaan biasa dan anda perlu merujuk kepada doktor anda?
1-Sekiranya semua ubat laxative yang anda cuba tidak langsung memberi kesan
2-Sembelit anda berlaku secara tiba-tiba dan semakin teruk
3-Sembelit anda menyebabkan penurunan berat badan yang ketara

Rawatan lain?
1-Aloe vera juice
Ia memang boleh digunakan dalam merawat sembelit namun masalah yang mungkin timbul ialah kekejangan pada bahagian perut.
2-Homeopathi
3-Akupuncture

Peringatan!!!
Sekiranya anda mengandung, jangan sesekali menggunakan laxative. Ubah diet dan pemakanan anda atau berjumpa dengan doktor anda.

Monday, May 12, 2008

Mengelakkan jerawat?

Jerawat sebenarnya masalah yang dialami hampir setiap orang dan kebanyakan peringkat usia.Jadi hari ini kita akan membincangkan tentang bagaimana mengawal dan mengelakkan jerawat.

1)Pelembap (moisturizer) tidak digalakkan digunakan setiap hari tetapi pelembap yang bebas minyak boleh digunakan sekiranya kulit muka terasa kasar setiap kali selepas mencuci muka.
2)Pengambilan multi vitamin setiap hari kerana kulit muka sama seperti tubuh yang memerlukan vitamin yang mencukupi. Zinc mempunyai kesan antibakteria. Kekurangan Zinc dalam diet anda juga boleh menyebabkan jerawat.Pengambilan supplements seperti chromium juga dapat membantu jerawat sembuh dengan cepat.
3)Pastikan wajah yang bermekap di cuci sebelum tidur. Bagi mereka yang menggunakan mekap, penggunaan mekap berasaskan air adalah lebih bagus.
4)Minum 8 gelas air sehari kerana air dapat membantu melembapkan kulit.
5)Mereka yang mempunyai masalah jerawat perlu mengelakkan pendedahan yangberlebihan di bawah cahaya matahari. Penggunaan sunscreen digalakkan walaubagaimanapun jangan lupa memilih lotion yang berasaskan air dan bukan minyak.
6)Krim atau lotion yang berasaskan alkohol juga perlu dielakkan
7)Tukar sarung bantal anda setiap hari.
8)Jika badan anda yang berjerawat, jangan pakai baju yang ketat.
9)Jangan picit jerawat anda. Ia bukan sahaja boleh membawa kepada jangkitan dan keadaan yang lebih teruk tetapi juga meninggalkan parut.
10)Anda juga boleh mencuci muka anda dengan sabun berasaskan sulphur. Anda boleh melakukannya selepas bangun tidur setiap pagi dan sebelum tidur setiap malam. Sesuatu yang perlu diingatkan ialah anda tidak perlu menggosok wajah anda (scrub) kerana ini akan menambahkan masalah.
11)Makan banyak sayur-sayuran dan juga buah-buhana

Saturday, May 10, 2008

Arthritis dan sakit sendi

Arthritis atau kebiasaannya dipanggil radang sendi sebenarnya terbahagi kepada lebih 150 jenis. Dua jenis arthritis yang paling biasa ialah osteo arthritis dan rheumatoid arthritis. Pesakit yang menghidap arthritis biasanya bukan sahaja merasai kesakitan tetapi juga menghadapi masalah untuk bergerak.

Tidak seperti kepercayaan ramai, sebenarnya arthritis bukan sahaja terjadi kepada orang tua sebaliknya turut dialami oleh kanak-kanak.

Jadi apa sebenarnya yang menyebabkan artritis?
Tiada jawapan yang mudah untuk soalan ini. Faktor yang mungkin boleh menyebabkan arthritis ialah seperti berikut:
1)Keturunan.
Sebenarnya arthritis bukanlah sejenis penyakit yang diturunkan dari generasi ke generasi seperti kanser dan kencing manis. Tetapi kemungkinan faktor-faktor tertentu dalam tubuh kita yang menyebabkan kita mudah mendapat arthritis.
2)Gaya hidup
Sebenarnya diet dan pemakanan jarang menyebabkan arthritis jangka masa panjang. Ia hanya menyebabkan arthritis jangka masa pendek. Kemungkinan orang yang terlalu aktif atau bekerja berat mempunyai risiko yang lebih tinggi. Walaubagaimanapun faktor berat badan merupakan antara faktor yang menyumbang kepada keadaan ini. Maka pemakanan dan diet yang seimbang adalah penting dalam mengekalkan berat badan yang ideal (tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus).
3)Cuaca
Tiada bukti saintifik yang dapat membuktikan keadaan ini. Walaubagaimanapun terdapat ramai pesakit yang mengakui perubahan cuaca mempengaruhi keadaan kesakitan yang dialami. Sesetengah pesakit mendakwa mereka dapat tahu bahawa akan hujan sedikit masa lagi kerana mereka sudah merasakan kesakitan pada bahagian tertentu sendi mereka.

Bagaimana anda membezakan sakit otot biasa dan arthritis?
Sakit otot biasa tidak berulang dan biasanya hilang selepas beberapa hari sahaja. Sebaliknya sekiranya anda mengalami sakit sendi yang berulang-ulang yang anda tidak pasti puncanya atau tidak hilang walaupun sudah beberapa hari berlalu atau beserta demam, berpeluh malam, bengkak pada sendi, sukarbergerak atau melakukan sesuatu kerja, rasa letih dan ruam badan, anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor di tempat anda untuk pemeriksaan. Kebanyakan jenis arthrtitis dapat dikawal dengan rawatan yang sedia ada. Doktor anda akan merawat anda berdasarkan keperluan individu.

Rawatan?
Anda boleh mendapatkan rawatan dengan profesional kesihatan anda.Selain itu terdapat banyak rawatan alternatif yang ada di luar sistem perubatan moden. Namun perlu diberi penekanan di sini agar anda lebih bijak dalam menentukan rawatan yang anda inginkan. Sekiranya anda inginkan rawatan alternatif, adalah penting bagi anda untuk menyemak kelayakan, pengalaman dan kredibiliti mereka yang memberikan rawatan kepada anda. Bertanya dan mencari maklumat adalah lebih baik daripada anda menghabiskan wang dan masa anda pada sesuatu yang sebenarnya tidak langsung membantu anda.

Rawatan Acupuncture
Rawatan yang berdasarkan kepada sistem perubatan cina yang berusia lebih 2000 tahun ini mungkinboleh dijadikan alternatif. Dikatakan ia mengurangkan kesakitan dengan mengalihkan rasa sakit tersebut dan juga menggalakkan penghasilan endorphins dan encephalins yang merupakan penahan sakit natural yang ada di dalam tubuh kita. Kebiasaannya kesan ini tidak bertahan lama tetapi rawatan yangberulang-ulang boleh memberi ketahanan sehinggan 6~9 bulan.

Rawatan aromatherapy
Aromatherapy digunakan dalam rawatan kesihatan sama ada disedut baunya, untuk mandian atau disapu. Setiap essential oil yang digunakan dipercayai mengandungi kandungan kimia tertentu yang mempunyai kegunaan terapeutik dalam rawatan kesihatan. Walaubagaimanapun sesetengah kandungan kimia ini berbahaya dalam kuantiti yang besar dan tidak boleh digunakan oleh wanita yang mengandung. Sebaiknya anda bertanya terlebih dahulu kepada pakar aromaterapi tentang apa yang sesuai untuk anda , kuantiti yang diperlukan dan cara penggunaan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. Sekiranya anda mengandung, menyusukan bayi atau mempunyai alahan atau sakit tertentu, anda juga perlu memaklumkan kepada mereka.

Bagaimana dengan diet dan supplements?
Di dalam pasaran terdapat pelbagai jenis supplements yang dicadangkan untuk pesakit arthritis untuk membantu mengurangkan kesakitan atau untuk mengurangkan kekerapan berlaku pengulangan.
1)Glucosamine dan Chondroitin
Glucosamine dan chondroitin dijual sebagai kombinasi atau secara bersaingan. Glucosamine dipercayai dapat membantu cartilage yang rosak. Kajian masih diteruskan untuk membuktikan sama ada glucosamine benar-benar boleh membantu. Walaubagaimanapun ramai pesakit yang mengambilnya mengakui merasakan perubahan yang baik selepas mengambil glucosamine. Walaubagaimanapun bagi mereka yang alah terhadap makanan laut, mereka dinasihatkan agar tidak mengambil glucosamine.
Penggunaan chondroitin masih lagi tidak dapat dipastikan dalam membantu pesakit menangani masalah artritis. Chondroitin biasanya hanya berkesan sekiranya diambil bersama-sama glucosamine. Kebiasaannya bagi pesakit yang mengalami masalah yang tidak begitu teruk, pengambilan glucosamine sahaja sudah mencukupi. Bagi mereka yang mengalami masalah yang lebih teruk penambahan chondroitin mungkin dapat memberikan kesan. Walaubagaimanapun diharapkan agar lebih banyak kajian dapat dilakukan bagi membuktikan kepentingan chondroitin dalam membantu masalah arthritis ini.

Penjagaan diri:
1) Senaman - senaman ringan boleh dilakukan bagi mengelakkan kesakitan berulang tetapi ketika dalam keadaan sakit, pesakit disarankan agar mendapatkan lebih rehat.
2)Dalam keadaan sakit, selain pengambilan ubat tahan sakit (NSAIDs , COX-2 inhinitors dll) pesakit sebenarnya boleh menggunakan kaedah seperti meletakkan ice pack atau hot water bag pada tempat yang sakit. Ini boleh mengurangkan penggunaan ubat tahan sakit yang berlebihan.
3)Kekalkan bentuk badan yang seimbang (Ideal Body Weight,IBW). Berat badan yang berlebihan juga sebenarnya boleh memberi tekanan kepada badan dan sendi.
4)Elakkan daripada duduk, berdiri dan berada pada posisi yang sama pada waktu yang panjang.
5)Sekiranya perlu mengangkat barang yang berat, gunakan peralatan tambahan yang boleh membantu atau minta pertolongan orang lain.
6)Gunakan kedua-dua bahagian sendi dan jangan guna sebelah bahagian sahaja.