Apakah sembelit yang sebenarnya? Ia bergantung pada individu. Bagi sesetengah orang ialah kurang kekerapan membuang air besar (lebih kurang 3 hari tidak dapat membuang air besar) dan bagi sesetengah yang lain ialah kesukaran membuang air besar termasuk keadaan najis yang keras. Sesetengahnya juga mengalami rasa sakit ketika membuang air besar atau kembung perut.
Walaubagaimanapun disebabkan setiap individu tidak sama maka agak sukar untuk memberi satu kenyataan yang jelas tentang sembelit ini. Misalnya seseorang yang sihat mungkin mempunyai najis yang cair atau sedikit keras tapi tidak mempunyai masalah sembelit. Ada juga orang yang membuang air besar setiap hari danada pula mungkin dua kali sehari. Maka jika anda berjumpa dengar profesional kesihatan anda, jangan lupa memberitahu mereka kebiasaan anda.
Biasanya tanda-tanda bagi seseorang yang mengalami sembelit:
1-Rasa kembung
2-Masih rasa perut penuh walaupun telah membuang air besar
3-Kurang kekerapan membuang air besar dari selalu
4-Najis lebih keras dari biasa
5-Membuang air besar kurang dari tiga kali seminggu
Apakah yang menyebabkan sembelit?
1-Kurangnya aktiviti fizikal seperti bersenam dan sebagainya
2-Kurangnya pengambilan diet yang tiggi serat
3-Kurangnya pengambilan air (kita memerlukan lebih dari 8 gelas sehari)
4-pengambilan ubat tertentu
5-melambat-lambatkan masa ke tandas walaupun sudah terasa ingin ke tandas
6-masalah-masalah lain seperti mengandung atau masalah di usus besar
7-Bagi kanak-kanak, mungkin mereka takut untuk membuang air besar atau belum lagi dilatih menjadi punca mereka mengalami sembelit selain masalah susu
8-Terlalu kerap menggunakan laksatif (laxatives)
Peringatan!!
Elakkan dari terlalu banyak bergantung kepada laxative (ubat untuk membantu memudahkan anda membuang air besar). Kebergantungan ini bukan sahaja menyebabkan anda memerlukannya setiap kali mahu membuang air besar tetapi badan mungkin akan terlalu biasa dengan dos tersebut jadi pada masa hadapan anda perlu meningkatkan dos tersebut lagi.
Bagaimana mahu mengelakkan sembelit?
1-Tambahkan aktiviti fizikal anda seperti senaman
2-Banyakkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan. Walaupun pengambilan sediaan fiber yang dijual di pasaran juga boleh namun sebenarnya pengambilan dari sayur atau buah adalah lebih baik. Pertama kerana ia bersifat semulajadi. Kedua kerana rasanya yang sedap. Dan ketiga ialah kerana kita juga mendapat vitamin dan juga anti oksidan yang terdapat dalam buah dan sayur.
3- Banyakkan pengambilan air. Dalam keadaan cuaca yang panas seperti ini kita perlu memastikan tubuh kita sentiasa cukup dengan bekalan air.
4-Sekiranya anda ingin ke tandas jangan tunggu-tunggu lagi.
5-Jangan makan terlalu banyak setiap kali makan.
6-Makan dan kunyah perlahan-lahan. Elakkan makan dengan cepat dan gelojoh.
Sembelit sebenarnya bukan sejenis penyakit. Ia adalah suatu simptom kepada penyakit atau gaya hidup dan diet yang tidak betul. Walaubagaimanapun, sesetengah keadaan sembelit anda bukan hanya sembelit biasa dan mungkin ia adalah manifestasi penyakit lain.
Bilakah anda perlu tahu sembelit anda bukan keadaan biasa dan anda perlu merujuk kepada doktor anda?
1-Sekiranya semua ubat laxative yang anda cuba tidak langsung memberi kesan
2-Sembelit anda berlaku secara tiba-tiba dan semakin teruk
3-Sembelit anda menyebabkan penurunan berat badan yang ketara
Rawatan lain?
1-Aloe vera juice
Ia memang boleh digunakan dalam merawat sembelit namun masalah yang mungkin timbul ialah kekejangan pada bahagian perut.
2-Homeopathi
3-Akupuncture
Peringatan!!!
Sekiranya anda mengandung, jangan sesekali menggunakan laxative. Ubah diet dan pemakanan anda atau berjumpa dengan doktor anda.
Wednesday, May 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment